Site icon TechNave BM

Siri Samsung Galaxy S21 akan terima fungsi Galaxy AI

Dalam kemas kini untuk bulan Ogos 2024, Samsung telah menawarkan beberapa fungsi Galaxy AI kepada siri telefon pintar Samsung Galaxy S21 yang dilancar pada 2021 dan 2022. Ini termasuklah Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 yang dilancar pada 2021 dan Galaxy S21 FE yang dilancar pada 2022.

Fungsi Galaxy AI yang ditawarkan termasuklah Circle to Search with Google yang memudahkan anda untuk mencari maklumat tentang sebarang imej yang dipaparkan pada skrin. Anda hanya perlu bulatkan imej tersebut kemudian Google akan cuba sebaik mungkin untuk memberi maklumat lanjut mengenainya.

Buat masa ini, hanya Circle to Search with Google sahaja yang akan diterima oleh Galaxy S21, manakala fungsi Galaxy AI lain seperti Call Assist, Transcript Asist, Translate Assist dan banyak lagi masih tidak diketahui. Sebelum ini, Samsung mengatakan semua fungsi Galaxy AI untuk peranti lama hanya akan ditawarkan kepada siri Galaxy S23 sahaja.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SamMobile

Exit mobile version