Site icon TechNave BM

Siri Samsung Galaxy S21 “copy ori” kini hadir, sama tapi tak serupa!

Beberapa hari yang lepas, Samsung telah mengumumkan tarikh rasmi pelancaran siri Samsung Galaxy S21 yang bakal berlangsung pada 14 Januari 2021. Terkini, siri peranti andalan versi cetak rompak ini sudah hadir di pasaran walaupun sebelum peranti tulen dilancarkan.

Gambar yang disertakan adalah gambar Samsung Galaxy S21+ dan Samsung Galaxy S21 Ultra. Sekali imbas, ia mungkin kelihatan sama jika dibandingkan dengan imej rekaan peranti tulen. Namun, kedudukan logo di panel belakang adalah berbeza. Semestinya, kualiti bahan binaan peranti juga berbeza.

Menurut netizen, Samsung mungkin akan ketawa apabila melihat rekaan peranti versi tidak tulen ini. Netizen juga menyatakan bahawa susah untuk mengungkapkan rekaan peranti cetak rompak ini dengan kata-kata.

Apa pula pandangan anda mengenainya? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan nantikan berita pelancaran siri Samsung Galaxy S21 tulen pada 14 Januari 2021 melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: mydrivers

Exit mobile version