Site icon TechNave BM

Siri Samsung Galaxy S21 kini boleh dihubung dengan rangkaian 5G di Malaysia, bakal diikuti peranti Galaxy lain

Samsung Malaysia akhirnya mengesahkan bahawa siri Galaxy S21 kini tersedia untuk sambungan 5G. Pengguna Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra boleh mengemas kini kepada perisian One UI 4.1 terkini untuk mendapat sambungan 5G melalui kad SIM YES 5G.

Dalam sebuah sesi soal jawab, Samsung Malaysia mengatakan bahawa mereka sedang mengusahakan proses untuk membolehkan 5G pada peranti Samsung yang lain. Setiap peranti perlu menjalani pelbagai ujian 5G seperti ujian statik (static test) dan laluan ujian (test routes) sebelum mengkonfigurasi dan mengemas kini perisian agar serasi dengan rangkaian 5G.

Samsung Malaysia juga tidak menyatakan peranti Galaxy seterusnya yang menyokong rangkaian 5G selepas siri Galaxy S21, namun apa yang pasti adalah proses ini akan mengambil sedikit masa. Mereka bekerjasama dengan semua syarikat telekomunikasi Malaysia seperti Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile untuk rangkaian 5G.

Sekiranya pengguna berada di luar kawasan rangkaian 5G, pelanggan masih menggunakan kelajuan 4G untuk membuat panggilan, teks atau sebagainya. Ini kerana rangkaian 5G masih dalam pembangunan di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: TechNave

Exit mobile version