Site icon TechNave BM

Siri Samsung Galaxy S22 5G dilancar: Stilus S Pen, Snapdragon 8G1, AMOLED 120Hz bermula RM3,499

Pada hari ini, Samsung telah melancarkan siri telefon pintar andalan terbaharu untuk 2022 iaitu Samsung Galaxy S22 5G yang terdiri daripada tiga varian utama iaitu Samsung Galaxy S22 5G, Samsung Galaxy S22+ 5G dan Samsung Galaxy S22 Ultra 5G.

Galaxy S22 standard dan Galaxy S22+ mempunyai reka bentuk yang serupa dengan siri Galaxy S21 sebelum ini, namun kali ini ia mempunyai spesifikasi yang diperbaharui untuk 2022. Selain itu, warna badannya kini sama dengan warna pada bonggol kamera, berbeza dengan Galaxy S21 sebelum ini.

Reka bentuk yang lebih unik adalah pada Galaxy S22 Ultra yang mempunyai rekaan dengan bucu yang lebih tajam dan menyerupai sebuah Galaxy Note. Selain itu, Galaxy S22 Ultra juga bakal menjadi peranti Galaxy S pertama yang mempunyai stilus yang turut terbina di dalamnya, seperti dalam siri Galaxy Note.

Semua varian Galaxy S22 bakal dilengkapi cipset andalan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 untuk prestasi terpantas pada tahun ini. Selain itu, semua varian juga akan mempunyai rating kalis air IP68 dan sistem operasi OneUI 4.1 berdasarkan Android 12.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri Samsung Galaxy S22:

Samsung Galaxy S22 5G

Samsung Galaxy S22+ 5G

Samsung Galaxy S22 Ultra 5G

Layari laman web Samsung Malaysia untuk pra-tempahan Galaxy S22 5G, Galaxy S22+ 5G dan Galaxy S22 Ultra 5G. Dengan setiap pra-tempahan untuk Galaxy S22, anda akan menerima beberapa hadiah menarik seperti baucar, sarung silikon, aksesori kamera dan banyak lagi.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan mendapatkan mana-mana varian Galaxy S22 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version