Site icon TechNave BM

Siri Samsung Galaxy S22 mungkin akan dilancar pada 8 Februari 2022

Samsung selalunya melancarkan siri telefon pintar andalan Galaxy S yang terbaru pada awal setiap tahun, dan 2022 juga tidak terkecuali. Menurut pengkhabar berita teknologi Ice Universe, siri telefon Samsung Galaxy S22 mungkin akan dilancar pada 8 Februari 2022.

Siri tersebut dijangka akan terdiri daripada Samsung Galaxy S22, Samsung Galaxy S22 Plus dan Samsung Galaxy S22 Ultra serta bakal menjadi antara telefon terawal yang dilengkapi cipset andalan Snapdragon 8 Gen 1. Sungguh pun begitu, sumber mengatakan bahawa jenama lain bakal mendahului Samsung dan bakal melancarkan lima telefon dengan Snapdragon 8 Gen 1 terlebih dahulu.

Sebelum ini, reka bentuk dan spesifikasi untuk siri Galaxy S22 telah pun tertiris. Galaxy S22 Ultra dijangka akan mempunyai kamera utama 108MP, kamera ultra-lebar 12MP, kamera telefoto 10x 10MP dan kamera telefoto 3x 10MP.

Untuk Galaxy S22 dan Galaxy S22 Plus pula, kedua-duanya mungkin memiliki kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto 3x 10MP. Berdasarkan spesifikasi kamera ini, ia tidak mempunyai banyak beza dengan siri Galaxy S21.

Pada awal tahun ini, siri Galaxy S21 telah dilancar pada bulan Januari dan kita boleh jangkakan waktu pelancaran yang serupa pada tahun hadapan untuk Galaxy S22. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version