Site icon TechNave BM

Siri Samsung Galaxy S23 dalam penyenaraian FCC, dedahkan cipset dan pengecasan 25W

Sebelum ini, dikatakan bahawa Samsung Galaxy S23 akan dilengkapi dengan ciri komunikasi satelit yang sama seperti iPhone 14. Kini, maklumat terbaharu mengatakan siri Samsung Galaxy S23 akan dilancarkan pada Februari 2023.

Dua daripada peranti dalam barisan itu telah muncul di laman web FCC (Federal Communications Commission) mendedahkan beberapa spesifikasi mereka butiran. Peranti yang dimaksudkan adalah Samsung Galaxy S23 bernombor modelkan SM-S911B dan Samsung Galaxy S23+ dengan nombor model SM-S916B.

Secara khusus, Galaxy S23 mempunyai bateri dengan nombor model EB-BS912ABY yang memaparkan kapasiti penarafan 3,785mAh dan penarafan biasa 3,900mAh. Sementara itu, Galaxy S23+ menampilkan bateri dengan nombor model EB-BS916ABY dengan kapasiti 4,565mAh dan penarafan biasa 4,700mAh.

Selain itu, penyenaraian FCC juga menunjukkan kedua-dua telefon pintar akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm yang berkemungkinan Snapdragon 8 Gen 2. Menurut MySmartPrice, kedua-dua peranti menampilkan pengecasan pantas 25W dengan kapasiti bateri di bawah 5,000mAh.

Maklumat ini dilihat sahih kerana didapati daripada laman web FCC. Namun, pihak Samsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi dan maklumat juga boleh berubah dari semasa ke semasa.  

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: mysmartprice

Exit mobile version