Site icon TechNave BM

Siri Samsung Galaxy S23 sah dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy

Khabar angin tentang penamatan cipset siri perdana Exynos telah tersebar sejak pertengahan 2022. Samsung menghadapi masalah dengan cipset Exynos 2200 dan telah memasarkan Galaxy S22 yang dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen1. Selepas itu, timbul khabar angin lagi mendedahkan bahawa siri Samsung Galaxy S23 dilengkapi cipset Snapdragon For Galaxy.

Pada November lalu, Qualcomm mengesahkan bahawa semua telefon siri Galaxy S23 hadir dengan Snapdragon 8 Gen 2. Hari ini, Qualcomm mengumumkan cipset Snapdragon 8 Gen2 For Galaxy yang bakal digunakan pada Galaxy S23 sahaja. Beberapa khabar angin menunjukkan bahawa Samsung membuat versi ini dan bukan TSMC.

Tetapi jika melihat tentang frekuensi CPU dan GPU, maka Snapdragon 8 Gen2+ berkemungkinan akan sepadan atau melebihi cipset tersebut. Samsung akan melakukan pelbagai strategi untuk menjual Snapdragon 8 Gen2 For Galaxy kerana telefon Galaxy S23 tidak membawa banyak spesifikasi baharu.

Selain daripada cipset dan reka bentuk baharu untuk varian standard dan Plus, kamera 200MP juga adalah perkara yang perlu diberi perhatian. Mengikut khabar angin, jenama itu akan kekal dengan perkongsian ini untuk siri Galaxy S24. Menjelang 2025, syarikat itu mungkin melancarkan cipset dalaman baharu.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Twitter

Exit mobile version