Site icon TechNave BM

Siri Samsung Galaxy Tab S10 FE dilancar di Malaysia: Skrin 90Hz, cas pantas 45W bermula RM2,199

Samsung Malaysia hari ini memperkenalkan dua buah tablet baharu dalam siri Galaxy Tab FE iaitu Samsung Galaxy Tab S10 FE dan Samsung Galaxy Tab S10 FE+. Kedua-dua tablet ini mempunyai banyak persamaan namun dengan beberapa perbezaan ketara dalam aspek tertentu.

Kedua-dua Samsung Galaxy Tab S10 FE dan Galaxy Tab S10 FE+ akan ditawarkan dalam dua varian utama iaitu WiFi dan 5G, serta dilengkapi storan 256GB, RAM 12GB dan pemproses Exynos 1580. Rekaannya pula mempunyai rating kalis air dan debu IP68.

Perbezaan utama di antara kedua-dua varian adalah pada saiz skrin dan kapasiti bateri. Galaxy Tab S10 FE mempunyai skrin 10.9 inci, manakala Galaxy Tab S10 FE+ pula mempunyai skrin 13.1 inci. Perlu diingati bahawa siri tablet ini menggunakan panel LCD sahaja.

Untuk kapasiti bateri pula, Galaxy Tab S10 FE mempunyai kapasiti 8,000mAh manakala Galaxy Tab S10 FE+ berkapasiti 10,090mAh. Kedua-dua varian menyokong kadar pengecasan pantas berwayar 45W.

Ia turut mempunyai fungsi AI “Awesome Intelligence” yang terdapat pada beberapa peranti Galaxy lain, seperti Note Assist, Circle to Search, Math Solving, Best Face dan lain-lain. Setiap tablet ini juga siap dipasang dengan aplikasi bertaraf profesional seperti LumaFusion, Goodnotes, Clip Studio Paint, Noteshelf 3, Sketchbook dan Picsart.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Galaxy Tab S10 FE:

Galaxy Tab S10 FEGalaxy Tab S10 FE+
SkrinIPS LCD 10.9 inci, resolusi 1440×2304, kadar segar semula 90HzIPS LCD 13.1 inci, resolusi 1800×2880, kadar segar semula 90Hz
PemprosesExynos 1580Exynos 1580
MemoriRAM 12GB, storan 256GBRAM 12GB, storan 256GB
KameraKamera utama 13MP
Kamera hadapan 12MP
Kamera utama 13MP
Kamera hadapan 12MP
Bateri & pengecasan8,000mAh, pengecasan 45W10,090mAh, pengecasan 45W
Sistem operasiAndroid 15 dengan One UI 7Android 15 dengan One UI 7
HubunganWi-Fi
5G
Wi-Fi
5G
Rating kalis airIP68IP68
Pembesar suaraStereoStereo
Pilihan warna Kelabu, perak, biruKelabu, perak, biru
HargaWi-Fi: RM2,199
5G: RM2,699
Wi-Fi: RM2,799
5G: RM3,299

Kedua-dua tablet akan dijual di Malaysia bermula 8 Mei 2025. Jika anda berminat dengannya, jangan lupa untuk dapatkan e-baucar bernilai RM200 yang anda boleh dapatkan sebelum 7 Mei 2025.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version