Site icon TechNave BM

Siri Samsung Galaxy Tab S11 dilancar di Malaysia: AMOLED 14.6″, bateri 11,600mAh, Samsung DeX bermula RM3,899

Samsung hari ini memperkenalkan dua tablet andalan (flagship) baharu iaitu Samsung Galaxy Tab S11 dan Samsung Galaxy Tab S11 Ultra. Tablet ini dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan Galaxy AI terkini serta Samsung DeX dan sistem operasi One UI 8 untuk produktiviti yang lebih lancar.

Antara fungsi AI yang ditawarkan termasuklah Gemini Live sebagai pembantu peribadi dalam tugas harian, Drawing Assist untuk menukarkan gambar yang dilakar kepada imej yang lebih cantik, Writing Assist untuk bantu penulisan dalam pelbagai situasi dan Circle to Search untuk carian pantas mengenai sebarang imej yang dipaparkan pada skrin.

Samsung DeX kini menyokong Extended Mode bagi memudahkan anda menggunakan skrin yang lebih besar untuk penggunaan mirip komputer dengan dua skrin (dual-screen setup). Ia juga boleh digunakan bersama televisyen dan dihubungkan secara wayarles.

Samsung Galaxy Tab S11
Samsung Galaxy Tab S11 Ultra

Ini merupakan Galaxy Tab pertama yang menggunakan pemproses 3nm untuk prestasi yang lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. Ia menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 33% untuk NPU, 24% untuk CPU dan 27% untuk GPU.

Daripada segi rekaan luaran, Galaxy Tab S11 Ultra mempunyai ketebalan 5.1mm sahaja, menjadikannya Galaxy Tab ternipis setakat ini. Skrinnya pula menggunakan panel Dynamic AMOLED 2X dengan kecerahan puncak 1,600 nits dan kenipisan bezel 5.2mm untuk memberikan pengalaman visual yang tinggi.

Setiap pembelian siri Galaxy Tab S11 akan disertakan bersama langganan aplikasi percuma, termasuklah Goodnotes selama setahun, Clip Studio Paint selama enam bulan (dan diskaun 20% untuk langganan pertama), LumaFusion dengan Creator Pass selama sebulan (dan diskaun 66%) serta Notion selama sebulan.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua tablet:

Samsung Galaxy Tab S11

Samsung Galaxy Tab S11 Ultra

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai tablet ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version