Site icon TechNave BM

Siri Samsung Galaxy Tab S8 akan hadir dengan paparan sehingga 14.6 inci pada Februari 2022

Acara Galaxy Unpacked akan diadakan pada Februari 2022 bakal melancarkan siri Samsung Galaxy Tab S8. Menurut Snoopy, spesifikasi teknologi tablet yang didedahkan telah disahkan oleh peruncit. 

Menurut sumber, Galaxy Tab S8 akan menampilkan paparan 11 inci manakala Galaxy Tab S8+ pula membawa paparan 12.4 inci. Kedua-dua peranti akan hadir dalam dua warna iaitu kelabu gelap dan perak, menyokong RAM 8GB dan storan 128GB serta terdapat varian Wi-Fi atau 5G untuk dipilih.

Galaxy Tab S8 Ultra pula akan hadir dalam warna kelabu gelap dengan paparan 14.6 inci. Anda boleh memilih model Wi-Fi atau 5G untuk varian RAM 8GB dan storan 128GB, manakala varian RAM 12GB dan storan 512GB hanya tersedia untuk model 5G.

Siri Galaxy Tab yang manakah akan menjadi pilihan anda? Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveEN

Exit mobile version