Site icon TechNave BM

Siri Samsung Galaxy Tab S9 dilancar: SD 8 Gen 2, skrin Dynamic Amoled 120Hz dan penarafan IP68 bermula RM3,699

Dalam acara Samsung Unpacked baru-baru ini, Samsung telah melancarkan tiga segmen peranti iaitu siri Galaxy Tab S9, siri Galaxy S22 dan Galaxy Watch6. Kali ini, terdapat tiga varian dalam siri Samsung Galaxy Tab S9 iaitu Galaxy Tab S9, Galaxy Tab S9+ dan Galaxy Tab S9 Ultra.

Galaxy Tab S9 mempunyai skrin berukuran 11 inci, Galaxy Tab S9+ berukuran 12.4 inci dan Galaxy Tab S9 Ultra berukuran 14.6 inci. Ketiga-tiga model menggunakan skrin Dynamic Amoled dan kadar segar semula 120Hz serta pilihan untuk sambungan 5G.

Selain itu kapasiti bateri juga berbeza mengikut varian iaitu 8,400mAh untuk Galaxy Tab S9, 10,090mAh untuk Galaxy Tab S9+ dan 11,200mAh untuk Galaxy Tab S9 Ultra. Semua varian ini dilengkapi cipset andalan Snapdragon 8 Gen 2 dan sistem operasi Android 13. Menariknya, ia merupakan siri Samsung Tab S pertama yang menampilkan penarafan rintangan air dan habuk IP68.

Untuk fotografi pula, Galaxy Tab S9 mempunyai kamera utama tunggal 13MP manakala varian S9+ dan S9 Ultra mempunyai tambahan kamera ultra-lebar 13MP. Varian S9 dan S9+ memiliki kamera swafoto ultra lebar 12MP. Khas untuk Galaxy Tab S9 Ultra, ia akan mempunyai dua kamera swafoto iaitu 12MP dan satu kamera ultra-lebar 12MP.

Spesifikasi penuh Siri Samsung Galaxy Tab S9:

Samsung Galaxy Tab S9:

Samsung Galaxy Tab S9+:

Samsung Galaxy Tab S9 Ultra:

Ini adalah harga untuk siri Samsung Galaxy Tab S9:

ModelHarga
Galaxy Tab S9 Ultra 5G dengan papan kekunci (512GB)RM7,149
Galaxy Tab S9 Ultra 5G dengan papan kekunci (256GB)RM6,649
Galaxy Tab S9 Ultra dengan papan kekunci (512GB)RM6,499
Galaxy Tab S9 Ultra dengan papan kekunci (256GB)RM5,999
Galaxy Tab S9+ 5G dengan papan kekunci (512GB)RM5,849
Galaxy Tab S9+ dengan papan kekunci (512GB)RM5,199
Galaxy Tab S9+ 5G (256GB)RM5,249
Galaxy Tab S9+ (256GB)RM4,599
Galaxy Tab S9 5G dengan papan kekunci (256GB)RM4,849
Galaxy Tab S9 dengan papan kekunci (256GB)RM4,199
Galaxy Tab S9 5G (128GB)RM4,349
Galaxy Tab S9 (128GB)RM3,699

Khas untuk para pembaca TechNave, anda boleh dapatkan diskaun sehingga RM400 apabila anda membeli siri Galaxy Tab S9 daripada laman web Samsung Malaysia. Anda hanya perlu masukkan kod TNCGALAXY apabila anda ingin membuat pembayaran, kemudian anda akan menerima diskaun tersebut serta-merta.

Ia terhad kepada 150 pelanggan awal sahaja, jadi jangan bertangguh lagi jika anda inginkan diskaun menarik ini!Tempahan untuk siri Galaxy Tab S9 tersedia mulai sekarang hingga 17 Ogos 2023 dengan promosi storan berganda, e-baucar RM100, tawaran pembelian dengan pembelian (PWP) diskaun 50% dan langganan Viu percuma.

Untuk maklumat lanjut tentang siri Galaxy Tab S9 dan tempahan, lawati laman rasmi Samsung Malaysia di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan mendapatkan mana-mana varian Galaxy Tab S9 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version