Site icon TechNave BM

Siri Sony PS5 bermula pada harga ~ RM1677 akan dilancarkan tidak lama lagi

Berdasarkan pernyataan oleh mydrivers.com, nampaknya Sony PS5 Pro yang akan datang berharga pada 499USD (~ RM2097) manakala varian bukan Pro berharga 399USD (~ RM1677). Walaupun tidak banyak disahkan sepenuhnya berkaitan dengan konsol yang dinyatakan di atas, nampaknya varian Pro ini mampu menyokong resolusi sehingga 8K manakala tidak kepada PS5 biasa.

Dari segi spesifikasi teknologi, siri PS5 didatangkan dengan pemproses 7nm terbaru AMD, sokongan PCIe 4.0. Selain itu laporan ada mengatakan prestasi melebihi konsol Microsoft sehingga 12 TFLOPS. Walau bagaimanapun, Sony masih belum lagi memberikan sebarang pernyataan rasmi berkenaan dengan maklumat terperinci mengenainya.

Tiada sebarang maklumat juga mengenai tarikh keluaran di Malaysia dan harga konsol tersebut buat masa ini. Adakah anda berminat untuk mendapatkan siri Sony PS5 sebaik sahaja ia tersedia di Malaysia? Teruskan bersama TechNave BM untuk berita mengenai siri Sony PS5 ini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version