Site icon TechNave BM

Siri TCL 40 NXTPAPER dilancar di Malaysia: Telefon dengan skrin 6.78″ mirip kertas, kamera 50MP, cas pantas 33W bermula RM899

Pada hari ini, TCL Malaysia melancarkan dua buah telefon pintar mampu milik baharu iaitu TCL 40 NXTPAPER dan TCL 40 NXTPAPER 5G. Dua telefon ini menampilkan teknologi skrin NXTPAPER yang menghasilkan pengalaman mirip kertas, dengan pantulan yang sedikit, anti-silau, permukaan tekstur matte dan sukar meninggalkan kesan cap jari.

TCL 40 NXTPAPER 5G adalah varian yang lebih mahal, di mana ia boleh dihubungkan dengan rangkaian 5G dan mempunyai skrin berukuran 6.6 inci dengan resolusi HD+. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada RAM 6GB yang boleh dibesarkan secara maya sebanyak 6GB lagi, storan dalaman 256GB, cipset MediaTek Dimensity 700 (6833V_NZA), bateri 5,000mAh dan pengecasan 15W.

Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera makro 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 8MP dalam takuk (notch) berbentuk titisan air.

Sementara itu, walaupun TCL 40 NXTPAPER adalah varian yang lebih murah dan hanya dihadkan kepada rangkaian 4G, ia mempunyai beberapa spesifikasi yang lebih baik daripada varian 5G. Skrinnya berukuran 6.78 inci dengan resolusi FullHD+, lebih besar dan jelas daripada varian 5G.

Selain itu, ia mempunyai cipset MediaTek Helio G88, RAM 8GB yang boleh dibesarkan lagi secara maya sebanyak 8GB, storan dalaman 256GB, bateri 5,010mAh dan pengecasan pantas 33W.
Kameranya sama seperti varian 5G, iaitu kamera utama 50MP dan kamera makro 2MP. Untuk kamera hadapan, ia mempunyai kamera 32MP dalam lubang punch-hole.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk dua telefon ini:

TCL 40 NXTPAPER 5G

TCL 40 NXTPAPER

Pelanggan yang membeli TCL 40 NXTPAPER 5G di Lazada atau Shopee sebelum 17 Oktober 2023 akan menerima fon telinga wayarles TCL MoveAudio Air secara percuma.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan dua telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version