Site icon TechNave BM

Siri TECNO POVA 7 dilancar di Malaysia – Bateri 6000mAh dan skrin 144Hz bermula RM599

TECNO hbaru-baru ini secara rasmi telah melancarkan siri POVA 7 dalam pasaran Malaysia. Menariknya, kali ini tiada model POVA 7 Pro diperkenalkan, sebaliknya pengguna tempatan menerima tiga model berbeza iaitu POVA 7, POVA 7 5G dan POVA 7 Ultra 5G.

POVA 7 5G hadir dengan cipset MediaTek Dimensity 7300 Ultimate, skrin IPS LCD 6.78 inci, kadar segar semula 144Hz, resolusi FHD+ serta kecerahan puncak 900 nits. Ia dilengkapi bateri besar 6000mAh bersama pengecasan berwayar 45W dan sokongan pengecasan wayarles terbalik. Kamera belakang menampilkan sensor utama 50MP dan satu lagi lensa tambahan.

Sementara itu, POVA 7 Ultra 5G dipacu oleh cipset MediaTek Dimensity 8350 Ultimate. Skrinnya bersaiz 6.67 inci AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz, resolusi 1.5K dan kecerahan puncak mencecah 4500 nits. Kamera swafoto 13MP ditempatkan dalam rekaan lubang tebuk manakala kamera belakang menampilkan sensor utama 108MP dan lensa ultra lebar 8MP.

Bateri 6000mAh turut disertakan, tetapi kali ini dengan pengecasan berwayar 70W, pengecasan tanpa wayar 30W (pertama dalam siri POVA) serta pengecasan terbalik 10W. Berikut adalah senarai harga rasmi mengikut konfigurasi memori:

Berdasarkan maklumat promosi, hanya POVA 7 5G (8/256GB) dan POVA 7 Ultra 5G (12/256GB) akan disertakan dengan powerbank magnetik wayarles secara percuma. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version