Site icon TechNave BM

Siri vivo S yang baru akan dilancarkan pada bulan depan

Sebelum ini, vivo S6 5G telah pun dilancarkan di China dan varian seterusnya, vivo S6 Pro 5G, mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi. Kini, media melaporkan bahawa vivo sudah pun dalam persiapan untuk melancarkan model terbaru dalam siri vivo S pada bulan depan.

Berdasarkan sumber daripada Weibo, vivo S akan dikemas kini dengan model baharu yang akan dilancarkan pada pada bulan depan. Masih tidak pasti jika telefon yang dimaksudkan ini adalah vivo S6 Pro 5G atau model yang lain.

Buat masa ini, vivo sedang fokus kepada pelancaran global untuk vivo X50 yang dijadualkan pada 16 Julai. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version