Site icon TechNave BM

Siri vivo S12 dan vivo watch 2 telah didedahkan menjelang pelancarannya

vivo sedang menyiapkan acara besarnya pada 22 Disember ini di China. Semasa acara itu, syarikat itu akan memperkenalkan siri telefon pintar vivo S12 baharunya bersama vivo Watch 2. Walaupun acara besar itu berlaku pada minggu depan, syarikat itu memutuskan untuk mendedahkan peranti tersebut melalui imej pengacah baharu.

Ia memberitahu kita serba sedikit mengenai reka bentuknya. Telefon pintar vivo S12 akan datang dalam tiga warna iaitu Island Blue, Warm Gold dan Shining Black. Terdapat juga warna khas iaitu kemasan hijau kebiruan. Ia mungkin eksklusif untuk pilihan storan tertentu. Imej promosi telah mendedahkan peranti ini hadir dengan paparan melengkung.

Berdasarkan khabar angin sebelum ini, kita tahu bahawa yang mempunyai tepi melengkung ialah vivo S12 Pro. Telefon standard hadir dengan paparan rata. Kedua-dua peranti itu akan mempunyai takuk yang menyerupai siri iPhone 13. Kedua-dua peranti menggunakan paparan AMOLED FHD+.

Menurut khabar angin, vivo S12 Pro akan menampilkan cipset MediaTek Dimensity 1200, RAM 12GB dan storan dalaman 256 GB. Platform ini dilengkapi dengan 1 x teras ARM Cortex-A78 yang mencatatkan kadar sehingga 3 GHz, tiga ARM Cortex-A78 sehingga 2.6 GHz dan empat teras ARM Cortex-A55 yang mencatatkan kadar sehingga 2.0 GHz.

Kami menjangkakan bateri besar dengan kapasiti sekurang-kurangnya 4,000 mAh dan pengecasan pantas 44W. Ia mungkin menggunakan paparan antara muka Origin OS Ocean berasaskan Android 12.

vivo Watch 2 pula menawarkan hayat bateri selama tujuh hari dan komunikasi bebas. Ia mungkin mempunyai sokongan untuk slot eSIM. Pra-pesanan dan tempahan sudah dibuka, tetapi harganya masih tidak diketahui.

Beritahu kami di Facebook jika anda menunggu kemunculannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version