Site icon TechNave BM

Siri vivo S16 akan dilancar pada 22 Disember 2022

Laporan dari IT Home hari ini mengatakan bahawa vivo secara rasmi mengumumkan persidangan pelancaran produk baharunya, siri vivo S16 akan diadakan pada 7 malam, 22 Disember dengan tema “Nantikan untuk melihat ‘Yu'”.

Menurut laman web rasmi vivo, siri vivo S16 terdiri daripada vivo S16e dengan cipset Exynos 1080, vivo S16 membawa cipset Snapdragon 870 dan vivo S16 Pro akan dikuasakan oleh Dimensity 8200.

Berdasarkan imej rasmi yang didedahkan oleh vivo, vivo S16 menggunakan skrin berlubang di bahagian tengah membawa warna yang dinamakan “Yan Ruyu”.

Menurut khabar angin, siri vivo S16 menampilkan kamera potret 50MP di bahagian hadapan dengan manakala di bahagian belakang menempatkan kamera utama penstabilan imej optikal. Kedua-dua kamera mempunyai algoritma potret cahaya lembut yang dibangunkan vivo sendiri serta memori besar dan bateri berkuasa tingi.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2022/12/RPReplay_Final1671073913.mp4

Siri vivo S16 dijangka menyokong pengecasan pantas 80W. Selain itu, vivo S16 akan menyediakan versi 8+256GB manakala vivo S16 Pro hanya mempunyai versi 12+256GB dan 12+512GB.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: IT Home

Exit mobile version