Site icon TechNave BM

Siri vivo V20 5G dilancar di Malaysia: Snapdragon 765G, kamera swafoto Eye Autofocus 44MP bermula RM1,499

Terkini, vivo Malaysia telah mengumumkan kehadiran vivo V20 dan V20 Pro di pasaran Malaysia. Pelancaran kedua-dua peranti ini sekaligus menambah kepada bilangan ahli keluarga siri V20 yang sudah hadir iaitu vivo V20 SE. vivo V20 dan V20 Pro menawarkan spesifikasi dan harga berbeza dari vivo V20 SE.

vivo V20 dan V20 Pro memiliki janaan cipset Qualcomm Snapdragon, skrin AMOLED dan kamera swafoto 44MP. V20 Pro hadir dengan spesifikasi yang lebih tinggi selari dengan harganya. Kedua-dua peranti ini adalah peranti yang berfokuskan rakaman dan tangkapan swafoto, namun tidak meninggalkan spesifikasi lain yang menjana prestasinya. Anda boleh menyemak spesifikasi vivo V20 dan vivo V20 Pro seperti di bawah.

vivo V20 Pro

vivo V20

Peranti berfokuskan fotografi ini hadir dengan ciri kamera hadapan 44MP Eye Autofocus Front Camera untuk swafoto potret yang lebih berkualiti dan ciri fotografi lain seperti Super Night Selfie, Slo-mo Selfie Video dan 4K Selfie Video.

vivo V20 tersedia dengan pilihan warna Midnight Jazz, Moonlight Sonata dan Sunset Melody pada harga RM1,499. vivo V20 Pro pula tersedia dengan pilihan warna yang sama dengan harga RM1,899. Anda boleh mendapatkannya pada mana-mana syarikat telekomunikasi tertera atau gedung dalam talian pilihan anda.

Pra-tempahan siri vivo V20 di kedai dalam talian tertentu (vivo Store Malaysia, Lazada, Shopee, SenHeng, SenQ) kini dibuka. Setiap pra-tempah melayakkan anda membawa pulang hadiah percuma. Anda boleh melihat gambar-gambar yang disertakan di bawah.

Adakah anda akan mendapatkannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version