Site icon TechNave BM

Siri vivo V21 5G akan dilancar di Malaysia pada 27 Mei

Selepas memperkenalkan siri vivo V21 pada bulan lalu, vivo Malaysia kini akan melancarkan varian 5G pula untuk siri itu iaitu vivo V21 5G pada hari Khamis, 27 Mei. Baru-baru ini ia telah pun memperolehi pengiktirafan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) di bawah nombor model V2050.

vivo Malaysia belum menyenaraikan spesifikasi penuh untuk vivo V21 5G, namun kami menjangkakan spesifikasi yang serupa dengan vivo V21 4G. Ia akan dilengkapi teknologi Extended RAM 8GB+3GB serta teknologi fotografi AI Night Portrait untuk penggambaran malap yang lebih jelas.

Pengiktirafan SIRIM

Sebelum ini, vivo V21 4G telah dilancar di mana ia dilengkapi cipset Dimensity 800U, skrin AMOLED 6.44 inci, tiga kamera 64MP dan pengecasan pantas 33W. Satu ciri menarik adalah ia merupakan telefon pertama yang dilengkapi kamera swafoto 44MP dengan penstabilan imej optikal (OIS).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo V21 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version