Site icon TechNave BM

Siri vivo V21 dilancar di Malaysia: Kamera swafoto pertama dengan OIS bermula RM1,299

vivo Malaysia hari ini telah melancarkan siri telefon pintar baharu iaitu vivo v21 yang terdiri daripada vivo V21 dan vivo V21e. Kedua-dua telefon ini mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan sedikit perbezaan pada kamera dan cipsetnya.

vivo V21 dilengkapi cipset Dimensity 800U manakala vivo V21e dengan cipset Snapdragon 720G. Kedua-dua model ini hadir dengan RAM 8GB yang boleh dibesarkan melalui fungsi Extended RAM Demonstration sebanyak RAM 3GB. Fungsi tersebut menggunakan ruang dalam storan dalaman untuk menyediakan lebih memori kepada RAM.

Kedua-dua telefon turut dilengkapi skrin E3 AMOLED Full HD+ berukuran 6.44 inci dengan keterangan 800 nits dan kadar segar semula 90Hz. Ia juga menampilkan rekaan yang mudah dibawa, dengan badan senipis 7.29mm dan berat seringan 176g sahaja.

Perbezaan utama adalah daripada segi kamera, di mana vivo V21 dilengkapi kamera swafoto 44MP dengan fungsi penstabilan imej optikal (OIS) manakala vivo V21e mempunyai kamera swafoto 44MP tanpa OIS.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk vivo V21:

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk vivo V21e:

Pra-tempahan akan dibuka bermula hari ini dan ia akan mula dijual pada 5 Mei. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri vivo V21 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version