Site icon TechNave BM

Siri vivo V23e dilancar: AMOLED 6.44″, 3 kamera, cas pantas 44W bermula ~RM1,575

Baru-baru ini, vivo telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan vivo V23e untuk beberapa negara di Asia Tenggara yang terdiri daripada vivo V23e 5G di Thailand dan vivo V23e di Vietnam. Kedua-duanya mempunyai spesifikasi yang serupa kecuali pada cipset, di mana vivo V23e 5G dilengkapi MediaTek Dimensity 810 manakala vivo V23e dilengkapi MediaTek Helio G96.

Siri vivo V23e dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.44 inci dengan resolusi Full HD+ dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.37%. Daripada segi memori, ia dilengkapi storan UFS 2.1 128GB yang boleh dibesarkan dengan kad microSD dan RAM 8GB yang boleh ditambah dengan RAM maya sebanyak 4GB.

Kameranya terdiri daripada kamera utama (50MP untuk V23e 5G, 64MP untuk V23e), kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera swafoto juga adalah berbeza untuk kedua-dua varian, di mana V23e 5G dilengkapi sensor 44MP manakala V23e pula dilengkapi sensor 50MP.

Siri vivo V23e dilengkapi bateri 4,050mAh dengan pengecasan pantas 44W, di mana vivo mengatakan boleh mengecas dari kosong ke 69% sepantas 30 minit. Sistem antara muka (UI) pula adalah Funtouch OS 12 berdasarkan Android 12.

vivo V23e dilancar di Thailand pada harga THB12,999 (~RM1,645) manakal vivo V23e pula dilancar di Vietnam pada harga VND8,490,000 (~RM1,575). Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadannya di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version