Site icon TechNave BM

Siri vivo V25 akan dilancar di Malaysia pada 29 Ogos 2022

vivo Malaysia bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan vivo V25 pada hari Isnin, 29 Ogos 2022 jam 2:30 petang.

Buat masa ini, vivo Malaysia masih belum berkongsi sebarang maklumat mengenai siri vivo V25, namun berdasarkan maklumat awal dari India, ia akan terdiri daripada tiga varian iaitu vivo V25, vivo V25 Pro dan vivo 25e.

Spesifikasi untuk vivo V25e dikhabarkan adalah skrin AMOLED FullHD+ 6.44 inci, cipset Snapdragon 720G, RAM 8GB, storan 128GB, bateri 4,500mAh serta kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera swafoto 44MP

Untuk vivo V25 pula, ia mungkin mempunyai skrin AMOLED FullHD+, cipset MediaTek Dimensity 900, RAM 8GB, pengecasan pantas 44W, kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar dan sensor kedalaman.

Sementara itu, vivo V25 Pro pula mungkin dilengkapi spesifikasi tercanggih iaitu cipset Dimensity 1300, skrin 120Hz, bateri 4,830mAh, pengecasan pantas 66W, kamera utama 64MP dengan fungsi Super Night Mode dan kamera swafoto Eye AF 3MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo V25 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version