Site icon TechNave BM

Siri vivo V25 bakal dilancar pada 29 Ogos 2022, Hael Husaini dan Ismail Izzani jadi duta peranti

vivo Malaysia mengumumkan penyanyi terkenal Malaysia, Hael Husaini dan Ismail Izzani sebagai duta siri vivo V25 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, Ismail Izzani akan membuat persembahan semasa pelancaran siri vivo V25. 

Bukan itu sahaja, vivo menggalakkan golongan muda tempatan untuk mengekspresikan penampilan terbaik mereka menerusi program “Terpaling Juara” yang akan disiarkan secara langsung di TV3 mulai 21 Ogos 2022. Ia akan disiarkan secara langsung setiap Ahad di studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral dari 9.00 malam hingga 10.30 malam.

vivo yang merupakan penaja utama program tersebut akan mempersembahkan penyanyi lagenda termasuk Ifa Raziah, Hazami dan Rahmad Mega bersaing dengan bakat baharu di bawah bimbingan tiga pemenang Juara Lagu Anugerah lalu untuk memenangi gelaran “Terpaling Juara”. Pemenang akan membawa pulang hadiah sebanyak RM100,000.

Untuk butiran lanjut tentang siri vivo V25, nantikan di halaman Facebook vivo Malaysia. Kongsi pendapat andadi Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version