Site icon TechNave BM

Siri vivo V30 5G dilancar di Malaysia: Aura Light Portrait 3.0, kamera ZEISS 50MP, SD 7 Gen 3, bermula RM1,999

Pada hari ini, vivo Malaysia melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu vivo V30 5G dan vivo V30 Pro 5G. Seperti dalam telefon-telefon dalam siri vivo V sebelum ini, ia mengetengahkan fungsi fotografi mod potret untuk menghasilkan gambar mod potret yang jelas pada setiap masa, walaupun dalam situasi malap.

vivo V30 Pro 5G mempunyai teknologi kamera ZEISS yang serupa dengan siri telefon pintar andalan vivo X100 bagi menghasilkan prestasi fotografi yang tinggi, manakala vivo V30 5G tidak mempunyai teknologi ZEISS. Selain itu, ia turut mempunyai cahaya Aura Light Portrait 3.0 yang boleh menghasilkan cahaya lembut untuk digunakan dalam mod potret.

Rekaan belakang vivo V30 Pro 5G
Bahagian hadapan
Modul kamera ZEISS dan Aura Light Portrait 3.0
Aura Light Portrait 3.0
Aksesori yang diberi dalam kotak

vivo mengatakan Aura Light Portrait 3.0 ini menghasilkan cahaya yang 19 kali lebih luas dan 50 kali lebih lembut berbanding lampu denyar (flash) biasa. Dengan Smart Colour Temperature Adjustment dan kecerdasan buatan (AI), warna dan kekuatan cahaya Aura Light ini boleh dilaraskan secara automatik, bergantung kepada jarak subjek yang diambil gambar.

Sebagai contoh, apabila subjek berdiri dekat dengan kamera, cahaya Aura Light akan menjadi lebih lembut dan seimbang, manakala apabila subjek berdiri jauh pula, cahaya Aura Light akan menjadi lebih terang. Di hadapan pula, telefon ini mempunyai kamera swafoto dengan medan penglihatan 92° untuk memudahkan pengguna mengambil swafoto beramai-ramai.

Spesifikasi dalaman yang menarik termasuklah bateri besar 5,000mAh, pengecasan pantas 80W FlashCharge serta cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3 (vivo V30) atau MediaTek Dimensity 8200 (vivo V30 Pro). Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua telefon:

vivo V30 5G

vivo V30 Pro 5G

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version