vivo telah mengumumkan bahawa ia akan melancarkan siri vivo V40 secara rasmi di Malaysia pada minggu hadapan. Melalui laman Facebook rasminya, vivo Malaysia mendedahkan bahawa pelancaran itu akan berlangsung pada 1 tengah hari pada 22 Ogos ini.
vivo menambah bahawa strim langsung acara pelancaran itu juga akan disiarkan di Facebook, YouTube, Lazada, Shopee dan TikTok. Dalam poster pengacah, vivo mempamerkan kamera siri V40 dan mengatakan bahawa ia dibangunkan dengan kerjasama ZEISS.
Terdiri daripada V40 5G dan V40 Pro 5G, kedua-dua peranti telah pun dilancarkan dalam pasaran lain dan mungkin spesifikasinya juga sama dengan peranti yang bakal tiba di Malayia. Sebanyak lima warna tersedia terdiri daripada Moonlight White dan Stellar Silver untuk V40 Pro manakala V40 boleh didapati dalam warna Nebula Purple, Sunglow Peach dan Stellar Silver.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

