vivo bakal melancarkan siri telefon pintar andalan (flagship) terbaru, vivo X200, pada 14 Oktober 2024 dan buat masa ini pelbagai maklumat mengenai peranti tersebut sudah pun dikongsi oleh vivo, seperti rekaan, cipset dan kameranya. Salah satu ciri menarik pada peranti ini adalah ia bakal menjadi telefon pertama yang dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9400 Pro.
Kini vivo mengumumkan bahawa siri vivo X200 bakal menjadi telefon pertama dalam dunia yang menggunakan teknologi RAM LPDDR5X Ultra Pro. Buat masa ini, vivo masih berkongsi sebarang manfaat atau ciri-ciri yang boleh dijangkakan daripada RAM tersebut, namun besar kemungkinan ia merupakan RAM LPDDR5X berkelajuan tinggi yang diperkenalkan oleh Samsung pada bulan Julai lalu.
Jika benar, ini bermaksud LPDDR5X Ultra Pro akan mempunyai kadar pemindahan data sehingga 10.7Gbps, lebih tinggi berbanding RAM sebelum ini. Ia juga menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 25% dan kapasiti lebih besar sebanyak 30% berbanding LPDDR5X standard.
Daripada segi penggunaan tenaga, Samsung mengatakan LPPDR5X Ultra Pro menggunakan tenaga lebih rendah sebanyak 25%, jadi ia akan membantu dalam memanjangkan hayat bateri telefon. Ia dibina menggunakan teknologi proses 12nm yang lebih kecil berbanding LPDDR lain.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Weibo

