Siri vivo X200 yang dinantikan akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia ini pada bulan ini. Menariknya, Malaysia merupakan negara pertama dalam rantau ini yang menerima siri itu. Walaupun kami belum dapat mendedahkan semua butiran, apa yang kami boleh kongsikan adalah vivo X200 akan menampilkan lensa ZEISS APO Telephoto 200MP.
Ini adalah berita yang mengujakan kerana vivo kini mendominasi pasaran global dengan mencapai kedudukan pertama dalam jualan telefon pintar di China dengan 19.2% bahagian pasaran pada Q3 2024, menurut Counterpoint Research.
Mungkin ramai yang teruja untuk melihat model dan warna yang akan ditawarkan, namun kami akan berkongsi lebih banyak maklumat dalam pengumuman rasmi yang akan datang. Tetapi buat masa ini, kami ingin melaporkan bahawa siri vivo X200 disahkan bakal tiba di Malaysia.
Kekal bersama kami untuk pengumuman rasmi kelak. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

