Site icon TechNave BM

Siri vivo X300 dijangka bawa kamera 200MP mungkin dilancar pada Oktober 2025

vivo telah mula membuka pra-tempahan untuk siri vivo X300 di China, walaupun pelancaran rasmi dijangka berlangsung selepas cuti Hari Kebangsaan China, sekitar bulan Oktober. Menurut khabar angin, tarikh rasmi pelancaran semakin hampir. Siri ini akan hadir dengan dua model iaitu vivo X300 dengan skrin 6.31 inci 8T LTPO BOE Q10+, menggantikan vivo X200 Pro Mini tahun lalu, manakala X300 Pro menampilkan skrin lebih besar iaitu 6.78 inci.

Daripada segi kamera, kedua-dua model menawarkan kamera hadapan 50MP, tetapi konfigurasi kamera belakang berbeza. vivo X300 dilengkapi kamera utama 200MP Samsung HPB dan telefoto 50MP Sony LYT-602, manakala X300 Pro menampilkan kamera utama 50MP Sony LYT-828 bersama telefoto 200MP Samsung HPB. Kedua-duanya dijangka hadir dengan kamera ultra-lebar Samsung JN5.

Sistem operasi menggunakan OriginOS 6 berasaskan Android 15 dengan sokongan pengecasan 90W berwayar dan wayarles, selain sensor cap jari ultrasonik dalam skrin. Kapasiti bateri dijangka 6,000mAh (X300) dan 6,500mAh (X300 Pro).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version