Site icon TechNave BM

Siri vivo X300 dilancar di Malaysia: Dimensity 9500, kamera ZEISS 200MP bermula RM3,599

vivo Malaysia hari ini melancarkan siri telefon pintar flagship terbaru iaitu vivo X300 dan vivo X300 Pro. Ia bukan sahaja dilengkapi prestasi pantas untuk setiap kegunaan anda, malah mempunyai teknologi kamera 200MP ZEISS Ultra-Clear Imaging yang membolehkan anda mengambil gambar zum jauh.

Ciri utama pada telefon ini adalah kamera telefoto ZEISS APO 200MP yang menampilkan Ultra-Sensing Sensor HPB untuk prestasi fotografi yang tinggi walaupun sewaktu anda zum jauh. Kamera utamanya pula merupakan kamera 50MP ZEISS Gimbal-Grade yang dilengkapi sensor besar 1/1.28″ dan penstabilan bertaraf CIPA 5.5 untuk menghasilkan tangkapan gambar yang jelas.

vivo X300 Pro mempunyai Pro Imaging Chip yang meningkatkan butiran dan mengurangkan hingar dalam gambar dengan ketara. vivo X300 standard tidak mempunyai cip tersebut, namun masih mempunyai Kamera Utama ZEISS 200 MP yang menampilkan Sensor Ultra-Sensing HPB dan penstabilan bertaraf CIPA 4.5.

Kamera hadapannya pula menggunakan sensor 50MP ZEISS Wide-Angle Front Camera, lebih tinggi berbanding 32MP pada vivo X200. Kedua-dua varian boleh digabungkan dengan vivo ZEISS 2.35x Telephoto Extender Kit untuk memanjangkan jarak zum.

Untuk video, ia boleh merakam dalam resolusi 4K 120fps, namun hanya varian Pro yang boleh menyokong 4K 120fps Dolby Vision dan 4K 120fps 10-bit Log Video untuk memberikan pilihan suntingan kepada penggiat videografi.

Siri telefon ini dilengkapi sistem operasi OriginOS 6 yang menawarkan fungsi-fungsi seperti Ultra-core Computing, Memory Fusion dan Dual Rendering. Ia merupakan siri telefon pertama yang dilengkapi sistem operasi ini.

Untuk spesifikasi dalaman, ia menggunakan cipset MediaTek Dimensity 9500 yang merupakan cipset terpantas oleh MediaTek setakat ini. Ia dilengkapi teras CPU 3rd Gen all-big-core dan GPU G1-Ultra 12 teras bagi menjana prestasi yang sangat tinggi dalam game dan sebarang aplikasi.

Baterinya pula mempunyai teknologi BlueVolt Battery System yang memberikan kapasiti tinggi, menyokong fungsi Bypass Charging dan memberikan pengalaman lancar semasa penggunaan intensif. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri vivo X300:

vivo X300

vivo X300 Pro

Selain telefon, anda juga boleh dapatkan aksesori vivo ZEISS 2.35x Telephoto Extender Kit pada harga RM999 dan vivo PGYTECH Imaging Grip Kit pada harga RM599.

Pra-tempahan akan dibuka bermula hari ini sehingga 21 November 2025 di semua vivo Concept Store atau melalui laman web vivo Malaysia. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah bernilai RM2,872. vivo juga menyediakan pelbagai pelan ansuran dan kempen pembelian untuk memudahkan anda membelinya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version