Site icon TechNave BM

Siri vivo X300 dilancar: Kamera 200MP, Dimensity 9500, cas pantas 90W bermula RM2,620

vivo hari ini telah memperkenalkan siri telefon pintar andalan (flagship) generasi terbaharu iaitu vivo X300 dan vivo X300 Pro. Telefon ini meneruskan legasi siri vivo X yang mempunyai teknologi pengimejan ZEISS untuk kebolehan zum jauh dan fotografi cantik.

Siri vivo X300 memperkenalkan sistem telefoto super ZEISS APO 200MP bagi menghasilkan gambar zum yang cantik, cipset andalan MediaTek Dimensity 9500 untuk prestasi terpantas dan cip pengimejan vivo V3+ bagi menghasilkan video 4K yang jelas.

Ciri utama pada vivo X300 Pro adalah kamera telefoto 200MP ZEISS APPO 85mm dengan sensor 1/1.4 inci, nilai apertur f/2.67 dan salutan ZEISS T* untuk membenarkan anda zum jauh dan masih boleh ambil gambar yang jelas. Ia turut mempunyai penstabilan CIPA 5.5 untuk gambar yang stabil sewaktu anda zum jauh.

Kamera utamanya pula menggunakan sensor LYT-828 yang berukuran 1/1.28 inci dan dibangunkan dengan teknologi VCS 3.0 untuk penghasilan warna tepat. Ia mempunyai jarak fokal 24mm dan nilai apertur f/1.57, serta penstabilan CIPA 5.5.

Untuk rakaman video, ia menyokong 4K 120fps pada kamera utama dan kamera telefoto dengan penstabilan Dual-Channel EIS. Ia juga boleh menyokong rakaman 4K 120fps 10-bit Log untuk kerja-kerja videografi yang lebih profesional.

Jika anda mahukan kebolehan zum lebih jauh, siri vivo X300 boleh dipasangkan dengan ZEISS 2.35x Telephoto Extender dan Photography Kit untuk memanjangkan jarak fokal dan memberikan pengalaman penggunaan mirip kamera sebenar.

Siri telefon ini turut didatangkan dengan sistem operasi OriginOS 6 yang menawarkan fungsi seperti Ultra-Core Computing, Dual Rendering dan Memory Fusion. Ia turut mempunyai pengiktirafan daripada SFS untuk kategori “Sustained Fluency under Full Scenarios Heavy Usage for 5 Years” yang membuktikan penggunaannya kekal lancar walaupun selepas lima tahun.

Berikut merupakan spesifikasi penuh untuk vivo X300 dan vivo X300 Pro:

vivo X300 Pro

vivo X300

Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version