Selepas siri vivo X50 dilancarkan di China pada awal bulan ini, siri telefon pintar tersebut akan dilancarkan dalam pasaran antarabangsa pula pada bulan hadapan. Untuk pasaran Asia, siri X50 dijangkakan akan dilancar di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan India.
Siri vivo X50 terdiri daripada tiga varian, iaitu X50, X50 Pro dan X50 Pro Plus. Daya penarik vivo X50 Pro adalah pada kameranya yang mempunyai penstabilan kamera gimbal dengan sensor kamera Sony IMX598. Untuk maklumat lanjut tentang spesifikasi siri vivo X50, boleh baca artikel pelancarannya di sini.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Playfuldroid

