Site icon TechNave BM

Siri vivo X50 dengan kamera gimbal melepasi SIRIM dan sah bakal dilancarkan di Malaysia

Anda mungkin sudah mendengar desas-desus kemunculan peranti ini memandangkan vivo Malaysia sendiri telah mengacah kehadiran siri peranti ini. Terkini, siri vivo X50 telah melepasi SIRIM dan hal ini adalah petanda bahawa pelancarannya bakal berlaku dalam waktu yang terdekat.

Siri vivo X50 yang telah hadir di pasaran China membawa pelbagai spesifikasi menarik seperti kamera gimbal, skrin AMOLED 120Hz dan cipset terkini Snapdragon 865. Lebih menarik, rakyat Malaysia sebenarnya telah lama menunggu kemunculan siri X terbaru vivo ini.

Melepasi SIRIM!

Sebenarnya, kami telah menjangkakan kehadirannya memandangkan terdapat pengumuman bahawa siri ini bakal dilancarkan secara global.

Apa pun, vivo Malaysia masih tidak mengumumkan tarikh pelancarannya. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk mendapat maklumat terkini mengenai tarikh pelancarannya!

Exit mobile version