Site icon TechNave BM

Siri vivo X50 di Malaysia disahkan bermula daripada RM2,399

Siri vivo X50 telah pun dilancarkan di Malaysia pada 16 Julai namun harganya tidak dimaklumkan dalam acara tersebut. Walau bagaimanapun, sebuah maklumat daripada pihak penjual telefon pintar mungkin telah mendedahkan harganya.

Menurut sebuah kiriman Facebook oleh DirectD, vivo X50 akan dijual pada harga RM2,399 manakala vivo X50 Pro pula pada harga RM3,199. Selain itu, semua pelanggan kedua-dua telefon tersebut akan mendapat sepuluh hadiah bernilai RM799.

Siri vivo X50 adalah telefon kelas pertengahan yang dilengkapi cipset Snapdragon 765G dan ciri menarik dalam vivo X50 Pro adalah sistem kameranya yang mempunyai gimbal untuk stabilisasi yang lebih baik. Untuk butiran lanjut mengenai spesifikasinya, anda boleh baca artikel pelancarannya di sini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version