Site icon TechNave BM

Siri vivo X50 dilancarkan, Kamera Gimbal + AMOLED 120Hz + Snapdragon 865 bermula ~RM2114

Industri telefon pintar telah menyaksikan sebuah acara siaran langsung pelancaran di China semalam. vivo China telah melancarkan siri terbaru yang terdiri daripada vivo X50, vivo X50 Pro dan vivo X50 Pro Plus dengan beberapa spesifikasi menonjol yang mungkin rata-rata warganet sudah dapat menekanya melalui khabar angin sebelum ini.

Sebelum menelusuri spesifikasi asasnya, spesifikasi menonjol dalam siri ini adalah tetapan kamera gimbal pada vivo X50 Pro. Kamera gimbal membenarkan pengguna untuk mengambil gambar pergerakan tanpa perlu khuatir tentang keupayaan untuk fokus. Walaupun vivo X50 Pro Plus tidak mempunyai teknologi kamera gimbal, tetapi kamera utamanya dilengkapi sensor 50MP Samsung ISOCELL GN1.

vivo X50 Pro Plus

vivo X50 Pro

vivo X50

vivo X50 Pro Plus
vivo X50 Pro

Ketiga-tiga peranti hadir dengan skrin AMOLED berukuran sama 6.56 inci, tetapi dengan permulaan kadar segar semula yang sudah tinggi iaitu 90Hz hingga 120Hz. Walaupun dengan pengoperasian cipset yang berbeza, anda perlu tahu bahawa Snapdragon 765G merupakan cipset berprestasi dan telah menjadi bualan hangat pengguna telefon pintar.

Berikut merupakan harga jangkaan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang ditukar daripada harga rasmi siri vivo X50 di pasaran China. Perlu diingatkan bahawa kami masih ketiadaan maklumat berkenaan kehadiran telefon pintar ini di pasaran Malaysia.

vivo x50:

vivo X50 Pro:

vivo X50 Pro Plus:

Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version