Site icon TechNave BM

Siri vivo X60 dilancar di Malaysia: Kamera Zeiss 48MP, Snapdragon 870, AMOLED 120Hz bermula RM2,699

vivo Malaysia hari ini telah melancarkan siri telefon pintar andalan pertama untuk 2021 iaitu vivo X60 yang terdiri daripada vivo X60 dan vivo X60 Pro. Ia menampilkan pelbagai spesifikasi tercanggih buat masa ini termasuklah cipset Snapdragon 888 dan skrin AMOLED 120Hz.

vivo X60 Pro menampilkan sistem kamera yang dilengkapi penstabilan gimbal lima paksi dan apertur seluas f/1.48 untuk membenarkan lebih banyak cahaya untuk dikenakan pada sensor kamera. Kedua-dua varian dilengkapi kamera yang dibuat dengan kerjasama bersama Zeiss.

Berikut adalah senarai spesifikasi vivo X60:

Berikut adalah senarai spesifikasi vivo X60 Pro:

Pra-tempahan boleh dilakukan di laman web vivo Malaysia, Lazada atau Shopee sehingga 26 Mac. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo X60 atau vivo X60 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version