Site icon TechNave BM

Siri vivo X60 sah hadir di Malaysia 22 Mac ini! Ini jangkaan spesifikasi dan harga

vivo Malaysia kini sudah mengumumkan tarikh rasmi pelancaran siri vivo X60 di pasaran tempatan pada 22 Mac 2021. Pengiraan detik pelancaran peranti andalan ini turut dipaparkan di laman web rasmi vivo Malaysia.

Untuk makluman pantas mengenai pelancaran siri vivo X60, anda boleh mendaftar di pautan ini. Waktu dan saluran siaran langsung pelancaran setakat ini masih belum dimaklumkan. Kami akan mengemaskini maklumat jika ianya sudah diberitahu secara rasmi.

Terdahulu, beberapa model vivo X60 telah dilancar di pasaran China. Jadi, peminat mungkin boleh menjangkakan spesifikasi yang sama. Namun, mungkin ada spesifikasi yang bakal berubah untuk pasaran global termasuk Malaysia seperti janaan cipset, varian RAM, storan dan pilihan warna. Kami juga menjangkakan Malaysia akan menerima vivo X60 dan vivo X60 Pro terlebih dahulu.

Sepintas lalu, anda boleh menyemak spesifikasi vivo X60, vivo X60 Pro dan vivo X60 Pro+ berdasarkan peranti di pasaran China:

vivo X60

vivo X60 Pro

vivo X60 Pro+ (mungkin hadir di pasaran Malaysia, mungkin juga tidak)

Berdasarkan siri vivo X60 yang dilancar di China, harga di pasaran tersebut adalah bermula pada 3498 Yuan (~RM2,170). Memandangkan siri vivo X50 terdahulu turut dilancarkan di Malaysia dengan harga permulaan sekitar RM2,399, maka mungkin kita boleh menjangkakan harga permulaan siri vivo X60 di Malaysia yang tidak melebihi RM3,000.

Adakah anda berminat dengan siri baharu peranti andalan vivo X60 ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version