Site icon TechNave BM

Siri Vivo X70 bakal dilancar 9 September ini

Selepas tertiris beberapa khabar angin mengenai ciri dan spesifikasi siri Vivo X70 dalam internet, kini syarikat itu secara rasmi mengumumkan tarikh rasmi pelancarannya iaitu pada 9 September ini.

Dalam paparan imej yang telah diterbitkan oleh Vivo, salah satu model andalan mereka iaitu Vivo X70 Pro+ dapat dilihat secara penuh. Ia mirip seperti imej dalam khabar angin yang tertiris sebelum ini. Kamera belakangnya mempunya logo Zeiss yang mana ia merupakan kerjasama antara Vivo dan Zeiss bagi menghasilkan kamera yang terbaik.

Apa pun kita tunggu pelancarannya pada 9 September ini dan beritahu kami di Facebook jika anda akan membelinya serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version