Site icon TechNave BM

Siri vivo X80 dan lebih banyak telefon Samsung Galaxy A kini menyokong rangkaian 5G DNB

Pengendali rangkaian 5G kebangsaan Digital Nasional Berhad (DNB) telah mengumumkan empat telefon pintar baharu yang boleh dihubungkan kepada rangkaian 5G tempatan.

Empat telefon tersebut ialah Samsung Galaxy A33 5G, Samsung Galaxy A53 5G, vivo X80 5G dan vivo X80 Pro 5G.

Ini adalah dua telefon terbaru daripada siri Galaxy A yang boleh dihubungkan kepada rangkaian 5G tempatan, selepas Samsung Galaxy A73 5G. Ketiga-tiga telefon ini telah pun dilancar untuk pasaran Malaysia pada bulan Mac lalu dan menampilkan spesifikasi kelas pertengahan yang sangat menarik pada harga berpatutan.

Sementara itu, siri vivo X80 pula baru dilancar untuk pasaran Malaysia semalam dan dilengkapi spesifikasi kategori andalan seperti cipset Snapdragon 8 Gen 1, pengecasan pantas 80W, kamera dengan teknologi ZEISS dan banyak lagi.

Siri vivo X80 adalah telefon pintar andalan terbaharu yang boleh dihubungkan kepada rangkaian 5G DNB, selepas siri Samsung Galaxy S22, Galaxy S21 dan POCO F4 GT.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli mana-mana telefon di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version