Site icon TechNave BM

Siri vivo X80 dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 1, kamera kuad 50MP, cas pantas 80W bermula RM3,499

Pada hari ini, vivo Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar andalan terbaharu iaitu vivo X80 yang terdiri daripada vivo X80 5G dan vivo X80 Pro 5G. Siri telefon ini dilengkapi spesifikasi tercanggih dan kamera yang dilengkapi cip pengimejan khas oleh vivo.

Siri vivo X80 adalah telefon pertama yang dilengkapi sensor kamera Sony IMX866 dan cip vivo V1+ yang boleh meningkatkan kecantikan fotografi. Seperti siri vivo X sebelum ini, siri vivo X80 mempunyai teknologi fotografi ZEISS yang menawarkan pelbagai fungsi unik seperti ZEISS Cinematic Video Bokeh, ZEISS Superb Portrait, ZEISS Superb Nighe Camera dan ZEISS Natural Colour.

Lensa-lensa dalam kamera siri vivo X80 juga mempunyai salutan ZEISS T* untuk memperbaikkan penyerapan cahaya dan mengurangkan pantulan pada lensa.

Siri vivo X80 juga menawarkan prestasi terpantas, di mana vivo X80 dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9000 manakala vivo X80 Pro dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1. Storannya pula adalah UFS 3.1 manakala RAM pula adalah LPDDR5.

Untuk gaming, telefon ini juga dilengkapi sistem penyejukan Ultra Large Liquid Cooling Vapour Chamber yang merangkumi 23 lapisan pelesapan haba untuk efek penyejukan yang lebih pantas. Motor getaran X-Axis Linear Motor pula menghasilkan getaran yang meningkatkan pengalaman sewaktu gaming.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri vivo X80:

vivo X80 5G

vivo X80 Pro 5G

Pelanggan yang membuat pra-tempahan untuk vivo X80 Pro pada 8 hingga 13 Mei 2022 akan menerima hadiah bernilai RM1,555, termasuklah pengecas vivo 50W Vertical Wireless Flash Charger, jaminan pertukaran 1-ke-1 selama 100 hari, sarung telefon dan jaminan perlindungan bateri.

Untuk pra-tempahan vivo X80 pula, anda akan menerima hadiah bernilai RM1,465 termasuklah fon telinga wayarles vivo TWS 2e, jaminan pertukaran 1-ke-1 selama 100 hari, sarung telefon dan jaminan perlindungan bateri.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri vivo X80 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version