Site icon TechNave BM

Siri vivo X80 mungkin tampilkan cip pengimejan V1+ baharu, tiba di Malaysia tidak lama lagi

Siri vivo X80 akan tiba di Malaysia dalam beberapa hari selepas perasmian di China pada 25 April ini. Walau bagaimanapun, butiran spesifikasi siri X80 telahpun didedahkan. Pada bulan lalu vivo X80 dikatakan akan menggunakan cipset Dimensity 9000.

Terdapat juga dakwaaan bahawa peranti akan menampilkan paparan OLED dengan kadar penyegaran semula 120Hz. GSMArena meramalkan bahawa keseluruhan barisan X80 akan hadir dengan cip pengimejan V1+ baharu dengan peningkatan besar berbanding peranti sebelum ini (V1 yang diumumkan pada tahun 2021).

vivo membangunkan cip pengimejan V1+ dengan kerjasama MediaTek. Model baharu V1+ mampu menyokong MediaTek Dimensity 9000 serta cipset Snapdragon 8 Gen 1. Terdapat kemungkinan juga vivo akan menjualnya kepada jenama lain sebagai bekalan.

Ini menjadikan vivo sebagai pengeluar peralatan asal (Original Equipment Manufacturer/ OEM) pertama yang membangunkan cip imej yang berfungsi dengan cipset lain. Cip pengimejan ini dijangka menghasilkan warna imej yang dipertingkatkan.

Selain itu, V1+ boleh membawa penambahbaikan kepada mod berbeza termasuk mod potret yang menawarkan butiran bertekstur yang lebih jelas. Ia menggunakan teknologi AI cipset untuk menyampaikan imej serta lancar untuk game berkelajuan tinggi. vivo Malaysia dilaporkan sedang bersiap sedia untuk pelancaran siri X80 tidak lama lagi dalam warna Cosmic Black dan Urban Blue.

Siri vivo X80 akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei manakala siri Vivo T1 akan dilancarkan tidak lama lagi. Tarikh pelancaran akan diumumkan tidak lama lagi bersama butiran-butiran penting. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber:  TechNave

Exit mobile version