Site icon TechNave BM

Siri vivo X90 bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi

Hari ini, vivo Malaysia telah mengumumkan secara rasmi bahawa siri vivo X90 akan tiba ke pasaran Malaysia. Namun, belum ada butiran harga dan pra-tempah, tetapi inilah yang anda boleh ketahui tentang siri vivo X90.

Di China, terdapat tiga varian siri X90 iaitu X90, X90 Pro dan X90 Pro+. Ketiga-tiga peranti ini menampilkan cipset MediaTek Dimensity 9200, paparan OLED 120Hz 6.78 inci dan pek bateri 4,810mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Ia juga mempunyai pemalapan PWM 2160Hz untuk penjagaan mata tontonan jangka panjang.

Terdapat tiga kamera belakang yang terdiri daripada sensor Sony IMX866 50MP + sensor telefoto 12MP + ultralebar 12MP manakala kamera hadapannya membawa sensor swafoto 32MP. Kamera dibangunkan oleh Zeiss dan siri X90 menggunakan cip ISP vivo V2 untuk pemprosesan pengimejan. 

Ia mempunyai konfigurasi LPDRR5 RAM 8GB hingga 12GB bersama storan UFS 4.0 128GB, 256GB dan 512GB. Buat masa ini, kami tidak pasti sama ada ketiga-tiga varian akan datang ke Malaysia tetapi varian Pro pasti membuat penampilan seperti yang dinyatakan dalam poster di atas.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Facebook vivo

Exit mobile version