Site icon TechNave BM

Siri vivo X90 bakal dilancar pada 22 November ini: Konfigurasi RAM, storan dan warna didedahkan

vivo berkemungkinan akan mengumumkan siri vivo X90 pada 22 November di China. Barisan itu membawa vivo X90, X90 Pro dan X90 Pro+. Kini, laporan baharu dari Pricebaba telah mendedahkan konfigurasi memori dan varian warna siri X90.

Manurut Ishan Agarwal yang mendapat sumber tersebut mendedahkan bahawa vivo X90 akan hadir dalam konfigurasi RAM 8GB + storan 128GB, RAM 8GB + storan 256GB, RAM 12GB + storan 256GB dan RAM 12GB + 512GB storan. Warnanya boleh didapati dalam warna hitam, biru ais dan merah.

vivo X90 Pro pula membawa konfigurasi RAM 8GB + storan 256GB, RAM 12GB + storan 256GB dan  RAM 12GB + storan 512GB. Ia akan hadir dalam warna hitam dan merah. X90 Pro+ akan hadir dalam dua pilihan iaitu RAM 12GB + storan 256GB dan RAM 12GB + storan 512GB. Seperti X90 Pro. Warna yang dibawa adalah sama seperti varian Pro.

Laporan telah mendakwa bahawa Vivo X90 dan X90 Pro akan menampilkan cipset Dimensity 9200 manakala X90 Pro+ dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 2.

Selain itu, khabar angin turut mendakwa syarikat itu akan memperkenalkan fon telinga vivo TWS 3 bersama siri vivo X90 pada 22 November. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai pelancaran global siri X90. Berkemungkinan besar ia akan dikeluarkan di pasaran global pada Q1 atau Q2 2023. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version