Site icon TechNave BM

Siri vivo X90 mungkin akan dilancar pada 31 Januari 2023

Siri telefon pintar premium vivo X90 telah dilancar di China pada bulan November lalu, namun ia masih belum dilancarkan untuk pasaran antarabangsa secara rasmi.

Kini, sebuah poster telah tertiris dalam Twitter di mana siri telefon itu mungkin akan dilancar pada 31 Januari 2023 untuk pasaran antarabangsa.

Siri vivo X90 terdiri daripada tiga varian utama iaitu vivo X90, vivo X90 Pro dan vivo X90 Pro+. Sebagai varian tercanggih, vivo X90 Pro+ dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dan kamera utama 50MP yang menggunakan sensor Sony IMX989 berukuran 1 inci. Baca artikel pelancarannya untuk spesifikasi lanjut mengenai varian lain.

Setakat ini masih tidak diketahui bilakah siri telefon ini akan memasuki pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version