Site icon TechNave BM

Siri vivo X90 mungkin dilengkapi cipset Dimensity 9200 dan cas pantas 120W

Siri telefon pintar andalan vivo X90 dijangka akan dilancar pada bulan Disember 2022 kelak, di mana ia mungkin terdiri daripada tiga varian utama iaitu vivo X90, vivo X90 Pro dan vivo X90 Pro+. vivo X90 Pro+ mungkin dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 2, manakala kini terdapat maklumat untuk vivo X90 standard pula.

Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, vivo X90 akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9200, pengecasan pantas 120W, skrin dengan resolusi 1.5k dan bateri 4,700mAh. Dimensity 9200 belum lagi dilancar, namun ia diramal bakal menjadi cipset MediaTek seterusnya untuk telefon pintar andalan.

Ia juga bakal menjadi telefon vivo X pertama yang mempunyai rating kalis air dan debu. Sebelum ini, rating tersebut hanya terdapat pada varian vivo X Pro.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version