Di Mobile World Congress (MWC) 2022 beberapa bulan yang lalu, Qualcomm memperkenalkan generasi sambungan WiFi 7 untuk masa akan datang. Syarikat tersebut telah mengeluarkan lebih banyak butiran pada hari ini dengan empat platform siri Qualcomm Networking Pro baharu iaitu model 1620, 1220, 820 dan 620.
Pencapaian kelajuan data tertinggi yang direkodkan adalah 33Gbps pada platform 1620 hasil ciri 16-strim quad-band. Ini diikuti oleh 21Gbps (platform 1220, 12-strim triband), 16Gbps (platform 820, quad-band 8-strim) dan akhirnya, 10Gbps (triband 6-strim).
Daripada segi ciri, WiFi 7 lebih pantas dan mempunyai pelbagai sambungan. Ini disebabkan oleh saluran sokongan 320MHz baharu dalam 4K QAM dan operasi berbilang pautan. Ia direka untuk menyampaikan kapasiti besar, kestabilan dan kependaman (latency) yang sangat rendah apabila disambungkan dengan Qualcomm FastConnect 7800 berasaskan WiFi 7.
Ia boleh digunakan pada masa hadapan apabila 5G menjadi arus utama. WiFi 7 sesuai untuk gaming, penstriman dan perkongsian fail video yang besar serta aplikasi XR. Penyelesaian Qualcomm AFC juga disepadukan untuk memastikan operasi 6GHz dipertingkatkan di dalam dan di luar.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: Qualcomm

