Site icon TechNave BM

Siri Worms akan membuat kemunculan semula pada tahun 2020

Team17 baru-baru ini membuat pengumuman di akaun Twitter mereka, menyatakan siri Worms akan membuat kemunculan semula pada tahun 2020. Bagaimanapun, mereka tidak menyebut secara jelas tentang tajuk permainan itu, serta platform mana yang akan teruskan.

Kepada yang belum tahu, siri Worms oleh Team17 adalah permainan strategi berasaskan giliran di mana pemain menggunakan pelbagai karakrer yang dipanggil Worms untuk menyingkirkan pasukan musuh. Selain itu, Worms dilengkapi dengan pelbagai senjata yang berpotensi meninggalkan kesan pada peta.

Dengan semua itu, adakah anda berminat bermain permainan Worms baru ini sebaik sahaja ia tersedia di Malaysia? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version