Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi 11T bakal dilancarkan di Malaysia pada 23 September

Tengahari tadi di laman Facebok, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bahawa siri Xiaomi 11T akan tiba di Malaysia pada 23 September 2021 jam 8 malam. Siaran langsung boleh ditonton di YouTube, Lazada dan juga Shopee.

Bagi mereka yang menonton siaran langsung global pada malam semalam, anda akan melihat persamaan Xiaomi 11T dan 11T Pro dari segi spesifikasi dan ciri teknologi. Untuk Xiaomi 11T, ia dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1200-Ultra, RAM 8GB, storan 256GB, AMOLED DotDisplay 6.67 inci dengan kadar penyegaran 120Hz, dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W. Xiaomi 11T Pro pula mempunyai RAM hingga 12GB, cipset Snapdragon 888, dan pengecasan pantas 120W.

Pada bahagian kamera, kedua-dua telefon mempunyai modul 108MP (utama) + 8MP (sudut lebar) + 5MP (telefoto) dan kamera hadapan peranti mempunyai sensor 16MP. Lebih menarik lagi, terdapat mod kamera AI satu klik yang menawarkan Pembekuan Masa (Time Freeze) dan Zum Ajaib (Magic Zoom), rakaman video 8K dan HDR10+.

Adakah anda berminat dengan telefon ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook Xiaomi Malaysia

Exit mobile version