Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi 12 bakal dilancar di Malaysia pada 15 Mac ini

Selepas dua bulan pelancarannya, Xiaomi baru mengesahkan bahawa telefon pintar siri Xiaomi 12 akan dilancarkan secara global pada 15 Mac ini. Acara ini akan bermula pada 8 malam waktu Malaysia dan akan disiarkan secara langsung di beberapa platform dalam talian termasuk YouTube, Twitter, Facebook serta laman rasmi Xiaomi.

Kita boleh menjangkakan bahawa Xiaomi 12, Xiaomi 12X dan Xiaomi 12 Pro akan dilancarkan pada acara itu. Xiaomi juga mungkin memperkenalkan beberapa peranti boleh pakai (wearables) pintar baharu. Untuk pengetahuan, Xiaomi 12 dan 12 Pro dikuasakan oleh cipset andalan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1.

Varian Pro lebih berkuasa dengan paparan 2K 6.73 inci, pengecasan pantas berwayar 120W dan tiga kamera 50MP di bahagian belakang. Varian standard pula mempunyai skrin AMOLED 120Hz 6.28 inci, pengecasan berwayar 67W dan sensor Sony IMX 766 50MP. Anda boleh layari laman rasmi Xiaomi Malaysia atau Facebook rasmi Xiaomi Malaysia untuk maklumat lanjut.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Xiaomi 12 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version