Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi 12 dan Xiaomi Mix 5 bakal dilancar tahun 2022, dilengkapi pengecasan pantas 120W dan 200W

Satu spesifikasi teknologi yang nampaknya cuba diimplan oleh pengeluar telefon pintar kepada pengguna ialah kelajuan pengecasan. Saban tahun jumlah maksimum meningkat ke tahap yang lebih tinggi dan pada 2022 ia boleh meningkat kepada 200W. Malah, Xiaomi Mix 5 menampilkan spesifikasi teknologi ini.

Menurut sumber, sampel kelajuan pengecasan pantas menghasilkan keputusan pengecasan berwayar sebanyak 115W dan kelajuan pengecasan tanpa wayar sebanyak 57W. Sumber mengatakan mereka tidak pasti peranti atau jenama mana yang memakainya, namun dipercayai ianya adalah siri Xiaomi 12 yang akan datang.

Sumber lain juga mendakwa bahawa Xiaomi Mix 5 boleh menjadi peranti yang menampilkan pengecasan pantas 200W. Teknologi ini mula-mula dikhabarkan pada tahun 2020 sebelum Xiaomi mengadakan demo teknologi pada Mei 2021. Dalam demo tersebut, telefon dengan bateri 4000mAh telah dicas semula sepenuhnya dalam masa 8 minit.

Ini tidak bermakna bahawa Xiaomi Mix 5 akan menjadi peranti pertama dan satu-satunya yang menampilkan pengecasan pantas 200W. Dengan adanya maklumat ini, adakah 200W benar-benar diperlukan untuk pengguna biasa?

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveEN

Exit mobile version