Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi 12T bakal dilancar: Dedahkan kandungan kotak bungkusan

Siri Xiaomi 12T akan dilancarkan pada 4 Oktober di seluruh dunia dan kini spesifikasi Xiaomi 12T dan 12T Pro telah pun didedahkan. Sudhanshu Ambhore telah memberikan pandangan pertama pada kotak pembungkusan Xiaomi 12T.

Seperti yang dapat dilihat dalam imej, Xiaomi 12T akan hadir dalam kotak berwarna putih dengan huruf berwarna emas. Nampaknya, Xiaomi 12T membawa pengecas, kabel USB-C, pin SIM, sarung pelindung, Panduan Mula Pantas (Quick Start Guide), kad jaminan dan maklumat keselamatan di dalam kotak.

Imej itu turut mengesahkan bahawa pakej Xiaomi 12T akan menyertakan pengecas 120W. Selain daripada varian storan RAM 8GB + 128GB yang dilihat pada kotak, 12T dijangka tiba dalam pilihan storan RAM 8GB + 256GB.

Xiaomi 12T akan dilengkapi dengan paparan OLED 6.67 inci yang menawarkan resolusi 1.5K dan kadar penyegaran semula 120Hz, cipset Dimensity 8100 Ultra, LPDDR5 RAM, storan UFS 3.1 dan MIUI 13 berdasarkan Android 12.

Ia menampilkan kamera hadapan 20MP dan tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama dengan OIS 108MP + sensor ultra lebar 8MP + sensor makro 2MP. Peranti ini akan menggunakan bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 120W.

Xiaomi 12T Pro pula dijangka menampilkan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan kamera utama 200MP di bahagian belakang. Selebihnya, spesifikasi pada 12T Pro akan sama dengan 12T.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version